Monday, 9 July 2012

Satu cerita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera..

Anda dapat apa yang anda buat...

Sangat benar sahabat-sahabat. Renungi keadaan sahabat-sahabat sekarang, apakah status, taraf pekerjaan, taraf ekonomi..Apakah suasana hidup sahabat sekarang..? Ianya 'terbentuk' sedemikian rupa di atas usaha yang sahabat tunjukkan, dan Allah Rabbul'alamin memberi apa yang sahabat cita-citakan...

Tetapi sajauh manakah sebenarnya kita mencapai tujuan sebenar kita diciptakan TuhanYang Esa? Kita sibuk memenuhi & berhempas pulas untuk mencapai: "cita-cita aku ni... aku nak pakai keta ni.. aku nak ada bini macam ni..rumah banglo 3 1/2 tingkat".. It's all about you ka?..sigh... All this is for you mate, but not yours!



Sedar atau tidak, kebanyakan dari kita menjadikan urusan dengan The Creator, urusan ke-dua, bukan yang utama.. Mengapa jadi begitu? "Kenapa aku tak rasa bersalah ke, atau rasa malu ye?".. tak yah cakap malu dengan Allah S.W.T ler, malu ler dengan tumbuhan, udara, binatang dan serangga, dan segala yang ada di sekeliling kita ni sahabat oi.. mereka2 ni sesaat dan ketika pun tidak henti bertasbih memuji Sang Pencipta, tapi kita yang kononnya manusia yang mulia, khalifah  Tuhan di atas muka bumi ni pulak, tanpa rasa segan silu wat dek je dengan semua nikmat-nikmat Nya.. nak say thank u kat Allah pun, tunggu time solat je.. atau time dapat hadiah..  kalo tidak..yillek!!


Berbalik kepada soalan di atas tadi, kenapa kita tak rasa malu/bersalah meletakkan urusan dgn Tuhan sebagai urusan ke dua? Kerana kita kurang atau mungkin juga tidak langsung mengingati Dia. Kerana itulah hati kita tidak terkesan setiap kali buat maksiat. Kita perlu ada rasa Cinta pada Dia, rindu yang mendalam pada Dia, Kasih tidak berbelah bahagi pada Dia...Kerna Dia selalu menantikan hamba-hambaNya kembali padaNya, memohon pertolonganNya, merayu dan mengadu padaNya...memuji dan memuja hanya diriNya.. menangis kerana takut dan rindu yang teramat pada Dia..


Bila lagi sahabat? Nak tunggu bila baru kita nak bersungguh-sungguh-sungguh beribadah, berbakti kepadaNya? Bagile seribu satu alasan, pasti akan dijawab setiap alasan kamu tu oleh Allah dengan dua ribu dua jawapan yang akan buat kita malu alah..Contohnya camni :-
"Sibuk sangat meniaga/keje Ya Allah, tak sempat ler nak berpesan-pesan kebaikan, sedekah, tolong orang & etc..maklumle ramai tanggungan, kena cari duit lebih skit" Oh really?? Mu ni Perdana Menteri ke, atau mu nak kate yang mu lagi sibuk dari Nabi Sulaiman A.S, yang tidak ade kerajaan di bumi setanding dgn apa yang telah di anugerahkan Allah padanya? Shame on us lah..


"Aku ni terlalu kacak Ya Allah, so aku selalu di ngorati gadis-gadis ayu jelita, tak sempat nak memujiMu Ya Allah" Maka di panggil le Nabi Yusuf A.S, hah! sape lagi kacak? Member tu orang sampai putus jari menengok kehenseman dia, ngko ade ke.. Tapi takde pulak dia lupa pada Allah. Shame on us lah..(2nd time dah ni)




"Aku dulu masa hidup sakit teruk Ya Allah, tak sempat nak mengingati dan beribadah padaMu.." Maka ketika itu Nabi Ayub A.S pun datang dan tanya kat kita, "Sakit ko lagi dasat dari yang kena kat aku ke? HuaHuaHua.. sebijik lagi kena kat muka, tepat kat dahi... Shame on us bro..(3 kali shame dah tu)



Kalo nak di dialogkan, maka pasti server blogger ini akan berasap terbakar dan meletup, kerana terlalu banyaknya alasan yang kita berikan untuk menyedapkan hati sendiri.. dalam erti kate lain, ego, berlagak takmau mengaku salah diri sendiri..

Sekian sahaja buat kali ini.. InsyaAllah, akan kembali lagi kemudian nanti..

Wassalam.