Monday, 9 July 2012

Satu cerita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera..

Anda dapat apa yang anda buat...

Sangat benar sahabat-sahabat. Renungi keadaan sahabat-sahabat sekarang, apakah status, taraf pekerjaan, taraf ekonomi..Apakah suasana hidup sahabat sekarang..? Ianya 'terbentuk' sedemikian rupa di atas usaha yang sahabat tunjukkan, dan Allah Rabbul'alamin memberi apa yang sahabat cita-citakan...

Tetapi sajauh manakah sebenarnya kita mencapai tujuan sebenar kita diciptakan TuhanYang Esa? Kita sibuk memenuhi & berhempas pulas untuk mencapai: "cita-cita aku ni... aku nak pakai keta ni.. aku nak ada bini macam ni..rumah banglo 3 1/2 tingkat".. It's all about you ka?..sigh... All this is for you mate, but not yours!



Sedar atau tidak, kebanyakan dari kita menjadikan urusan dengan The Creator, urusan ke-dua, bukan yang utama.. Mengapa jadi begitu? "Kenapa aku tak rasa bersalah ke, atau rasa malu ye?".. tak yah cakap malu dengan Allah S.W.T ler, malu ler dengan tumbuhan, udara, binatang dan serangga, dan segala yang ada di sekeliling kita ni sahabat oi.. mereka2 ni sesaat dan ketika pun tidak henti bertasbih memuji Sang Pencipta, tapi kita yang kononnya manusia yang mulia, khalifah  Tuhan di atas muka bumi ni pulak, tanpa rasa segan silu wat dek je dengan semua nikmat-nikmat Nya.. nak say thank u kat Allah pun, tunggu time solat je.. atau time dapat hadiah..  kalo tidak..yillek!!


Berbalik kepada soalan di atas tadi, kenapa kita tak rasa malu/bersalah meletakkan urusan dgn Tuhan sebagai urusan ke dua? Kerana kita kurang atau mungkin juga tidak langsung mengingati Dia. Kerana itulah hati kita tidak terkesan setiap kali buat maksiat. Kita perlu ada rasa Cinta pada Dia, rindu yang mendalam pada Dia, Kasih tidak berbelah bahagi pada Dia...Kerna Dia selalu menantikan hamba-hambaNya kembali padaNya, memohon pertolonganNya, merayu dan mengadu padaNya...memuji dan memuja hanya diriNya.. menangis kerana takut dan rindu yang teramat pada Dia..


Bila lagi sahabat? Nak tunggu bila baru kita nak bersungguh-sungguh-sungguh beribadah, berbakti kepadaNya? Bagile seribu satu alasan, pasti akan dijawab setiap alasan kamu tu oleh Allah dengan dua ribu dua jawapan yang akan buat kita malu alah..Contohnya camni :-
"Sibuk sangat meniaga/keje Ya Allah, tak sempat ler nak berpesan-pesan kebaikan, sedekah, tolong orang & etc..maklumle ramai tanggungan, kena cari duit lebih skit" Oh really?? Mu ni Perdana Menteri ke, atau mu nak kate yang mu lagi sibuk dari Nabi Sulaiman A.S, yang tidak ade kerajaan di bumi setanding dgn apa yang telah di anugerahkan Allah padanya? Shame on us lah..


"Aku ni terlalu kacak Ya Allah, so aku selalu di ngorati gadis-gadis ayu jelita, tak sempat nak memujiMu Ya Allah" Maka di panggil le Nabi Yusuf A.S, hah! sape lagi kacak? Member tu orang sampai putus jari menengok kehenseman dia, ngko ade ke.. Tapi takde pulak dia lupa pada Allah. Shame on us lah..(2nd time dah ni)




"Aku dulu masa hidup sakit teruk Ya Allah, tak sempat nak mengingati dan beribadah padaMu.." Maka ketika itu Nabi Ayub A.S pun datang dan tanya kat kita, "Sakit ko lagi dasat dari yang kena kat aku ke? HuaHuaHua.. sebijik lagi kena kat muka, tepat kat dahi... Shame on us bro..(3 kali shame dah tu)



Kalo nak di dialogkan, maka pasti server blogger ini akan berasap terbakar dan meletup, kerana terlalu banyaknya alasan yang kita berikan untuk menyedapkan hati sendiri.. dalam erti kate lain, ego, berlagak takmau mengaku salah diri sendiri..

Sekian sahaja buat kali ini.. InsyaAllah, akan kembali lagi kemudian nanti..

Wassalam.

Saturday, 30 June 2012

Ingat selalu

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera,




1) Pulangkan amanah kepada Yang Empunya Amanah
2) Jangan mendabik dada dengan ilmu
3) Jangan cepat menghukum 




Apakah dianya 3 perkara kat atas tu? Ini adalah peringatan untuk diri ini dan untuk mereka yang mahu mengambil peringatan.. Ianya salah satu dari garis panduan dalam perjalanan untuk mencari jalan pulang.. Pulang ke mana? Ke kampung halaman bro.. Kampung halaman yang pasti, yang sebenar-benarnya... Oh.. I miss it like... no words to describe bro..


Semoga Tuanku menerima . . 




Wassalam.

Friday, 1 June 2012

Iqra'

Bismillah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera sahabat semua.

Sekadar berkongsi akan apa yang telah diajarkan Allah S.W.T dari antara Kalam-Kalam NYA kepada ku melalui pecinta-pecintaNya pagi tadi:


(Al-Baqarah 2:1)


(Al-Mu'minuun 23:1 - 11) 


(As-Sajdah 32:9)


(Al-Baqarah 2:34)


(Al-Waaqi'ah 56:131439409596)


(Ar-Ra'd 13:28


(Al-Baqarah 2:1 - 5)


Iqra'! Bacalah! Kata Saidina Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W. Adakah 'BACA' itu sekadar baca seperti mana kita membaca? Jika itu yang dikatakan baca, maka bagaimana pula apabila ada yang mengatakan "Aku dapat baca fikiran dia, tu sebab aku tau".. Ada tulisan kah pada fikiran itu? Kalo dalam sukan, "Oh, nampaknya dia sudah dapat membaca gerakan lawan".. bagimana sih?

Apakah sebenarnya rahsia pada IQRA' itu my fren...

Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata syukur ku atas tunjuk ajar Nya, kalamNya yang selama ini aku pandang biasa-biasa je, tersangat indah, indah yang tersangat... Dia menyampaikan kasihNya, sayangNya, peringatanNya, tunjuk ajarNya kepada hamba-hambaNya..memanggil-mangil hambaNya kembali lah kepadaNya, kerana  kita tiada daya dan upaya sahabat, kita perlu pada Dia, tidak Dia perlu pada kita. La haula wa la quwwata illa billah.





Semoga panggilanku di sahut...Tapi ku percaya, nanti suatu masa, ku hulur tanganku, lalu Kau terima...

Walhamdullillahi Rabbil'alamin.

Wassalam.


Tuesday, 15 May 2012

Politik

Bismillah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua.


Tajuk yang memang hangat diperkatakan sekarang ni, politik. Dulu aku juga salah sorang yang tertarik untuk join parti politik untuk kononnya merperjuangkan agama, bangsa, dan negara.. Tak lama, sekejap je.. Dari hari ke hari aku di ajar untuk melihat dan berfikir tentang satu-satu perkara bukan dari sudut pandangan orang ramai atau majoriti. Melihat dan berfikir dari sudut pandangan yang berbeza, dan pendapat aku sekarang ini pun sudah tentunya tidak sama dan tidak dipersetujui oleh ramai orang. Aku tak kisah. Sebab semua orang betul mengikut takat kefahaman dan pemikiran mereka.



Senario politik di negara tercinta ini sekarang memang sangat hangat. Masing-masing dengan pegangan dan perjuangan mereka. Entahkan betul entahkan tidak satu-satu berita@cerita itu sudah tidak penting lagi. Apa yang penting?? Apa yang penting adalah kerjasama untuk memastikan mendapat undi yang lebih banyak dari parti lawan. Tak kisah le kalo kena menipu, fitnah, menyalah gunakan firman Tuhan dan sabda Rasul Nya, mengaibkan, berlakon dan memacam lagi.. Apa yang penting? Undi mesti kena lebih!



Cuba berenti baca ni dan berfikir seketika sahabat-sahabat.. Menegakkan agama, bangsa dan negara itu mulanya dari diri sendiri.. Betulkan diri kita dulu bro.. Rasullullah S.A.W menanamkan iman dan taqwa pada Allah S.W.T yang teguh pada setiap Muslimin & Muslimat pada masa itu. Baginda berdakwah dan membentuk satu-satu individu menjadi seorang insan yang suci bersih ruhani dan jasmaninya... Kemudiannya pula baru terbentuk sebuah negara Islam yang teguh, dihormati dan digeruni oleh kawan dan lawannya..


Benci, marah, maki hamun, mencederakan, mengaibkan bukan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W untuk berdakwah bro.. Tapi dengan berkasih sayang, cinta mencintai, hormat menghormati itulah sunnah Baginda, yang wajib kita praktikkan dalam kehidupan. Bukan cukup secara luarannya sahaja dengan berjubah, beserban dan berjanggut semata-mata.. Kalau setakat luaran saje, itu semua plastik.





Jadi sahabat-sahabat, adakah salah satu soalan bocor dalam kubur nanti iaitu "Siapa saudara-saudara kamu?" tu dapat kita jawab dengan cemerlang, gemilang dan terbilang? Atau kita akan caca merba, gabra dan temberang? HuaHuaHua...


Setakat ini dulu, kendian hari sambung lagi insyaallah.


Semua ni sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. dan sekiranya bermanfaat untuk yang membaca, pujian itu hanya pada Nya jua.

Wassalam.








Saturday, 5 May 2012

Pokok

Bismillah.

Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat semua.


Teras dan kayu satu masa dahulu sering menjadi tools untuk orang-orang Melayu dalam kehidupan harian, sama ada untuk penjagaan kesihatan, bertani, bertukang mahupun sebagai medium untuk mempertahankan diri secara zahir dan batin. 

Aku mula digerakkan untuk mencari dan menyimpan teras kayu apabila memikirkan apa yang datuk nenek kita dulu gunakan sebagai ubat, yang mana pada masa itu ubat dadah tidak digunakan secara meluas seperti sekarang.. Jawapan pertama yang aku dapat, kayu. Sebagai contoh, air rebusan teras kemuning hitam boleh digunakan sebagai ubat untuk demam, kalau sekarang ni telan panadol je..

Sekadar untuk rekod simpanan aku, gambar-gambar di bawah merupakan teras yang ada dalam simpanan setakat ini, aku dapatkan semuanya dari alamallah.blogspot.com.


Cincin Teras Kelor

Cincin Teras Kemuning Hitam

Teras Nibung Tunggal

Tasbih gabungan teras

Teras Kelor

Teras Kemuning Hitam

                                                   Loket Teras Kelor (ni untuk puteri-puteri aku)

Loket Teras Nagasari (ni untuk permaisuri ku)



Besar sungguh keagungan Tuhan, kerdilnya aku rasa apabila aku dipertontonkan akan kehebatanNya yang selama ni aku buat tak reti... baru alam kayu tu, yang aku baru jenguk-jenguk. Belum cerita bab udara, air, api, angin...fuhh, semoga Tuhan merahmati kita semua dan mengurniakan hidayahNya kepada kita.

Semua ini sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. dan sekiranya bermanfaat untuk yang membaca, pujian itu hanya pada Nya jua.

Wassalam.

Wednesday, 2 May 2012

Zahir dan Batin

Bismillah

Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat semua.

Seperti juga url blog ni, tajuk kali ni ialah zahir dan batin.. Tidak ingin aku mengeloborasikan apa dia itu definisi zahir dan batin.. Semua benda dijadikan berpasangan, ada zahir dan batinnya, hitam dan putihnya and so on.. tak caya cer tengok tafsir surah Ya Sin ayat 36. Ni baru satu je contoh dari kalamNya, cari lah lagi ada banyak.. Semua kecuali hanya DIA saja yang SATU.


Apa yang aku nak kongsikan di sini berkenaan elemen pada seorang manusia(credit pada kawan FB aku). Elemen yang tidak kelihatan pada mata kasar, tetapi di zahirkan pada perlakuan seorang insan




Siapa En. Ego(False Self) ? Siapa pula En. Jiwa(True Self) ni? Yang mana satu aku? Selama ni aku bukan aku ke? Hehehe..pening? Cuba renung dan fikirkan sejenak dengan tenang.. Adakah selama ini kita meletakkan diri kita pada tempat yang sepatutnya ? Atau kita selama ini kejam dengan diri sendiri? Lu pikirlah sendiri!


Semua ni sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. dan sekiranya bermanfaat untuk yang membaca, pujian itu hanya pada Nya jua.

Wassalam.

Thursday, 26 April 2012

Air Mata dan Darah

Bismillah.


Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat semua.


Air dan Darah.. 2 benda yang mana ianya antara elemen yang wajib ada pada jasad setiap manusia. 2 benda ni kalau kita renungkan ianya sering menjadi simbol kasih sayang, pengorbanan, cinta, luka, sakit and macam2 lg. Apabila kita terlalu gembira, ada yang mengalir air matanya.. Ada pula yang sanggup menumpahkan darah manusia lain kerana mahukan sesuatu yang bukan miliknnya.. Senang kata, bergantung pada individu tu lah darah dan air pada dirinya itu, mahu di'gunakan'  ke mana.


Apa yang aku nak luahkan di sini, 2 elemen tersebut merupakan bahan pencuci yang cukup mujarobat..hahaha... "ko nak cuci ape pakai darah bang? pakai air tu aku boleh terima la.." Ada bro, menda ni yang perlu dicuci guna darah dan air ni... malah mencuci menda ni jatuh wajib la bagi aku.. Apekedianya??
Itulah dia HATI .. kalo ada yang tanya kenapa nak cuci hati.. Lu pikir la sendiri!



So, ape kene mangena tajuk post ni? Itulah 2 menda yang dapat mencuci hati, air mata dan darah. TAPI!!!! Air mata dan darah yang macam mana?


Adakah air mata yang berjuraian sebab hilang mouse yang kita sayang, atau sebab rasa kita lah insan paling malang kat muka bumi sebab tak de rumah banglo besar macam gudang, dok rumah panjang je?? Im sorry man, not that kind of tears..


Darah pulak, adakah darah yang mengalir sebab toreh tangan dengan pisau untuk ukir nama pakwe/makwe sebagai bukti cinta tulus suci kudus dan mulus?? atau Darah tikam darah daging sendiri sebab 'rage' tak dapat duit beli bahan untuk lalok? Jangan marah kalo aku melalut.. kalo serius je, WTF man..(Wheres The Fun)


Darah dan air mata yang boleh mencuci Hati, adalah darah dan air mata yang mengalir kerana Sang Pencipta Yang Maha Kaya...



Di tanah air yang tercinta ini, darah dah 'mahal'.. Kita di anugerahkan keamanan dan keselesaan.olehNya. Kat Palestin ke, Chechnya ke option ni masih available.. Cuba dok diam sekejap dan imagine kita ada kat sana..Peluang untuk berkorban darah untuk Allah terbuka luas...fuhh! Berani ke aku??? (Sila tanya dan jawab sendiri)


Jadi pilihan yang 'lebih mudah' untuk kita ialah air mata.. Selalu kita dengar orang kate air mata lelaki ni mahal beb.. tapi kalau di hadapan Dia, air mata tu masih mahal juga.... something is very wrong guys.. Air mata yang mengalir keranaNya ini pasti akan mencuci hati kita yang selalu dicemari dengan kekotoran oleh sebab pilihan kita sendiri.. Menangislah mengenang berapa tan maksiat kita pada Dia, kerana malu pada Dia, atau kerana rindu yang teramat sangat padaNya..


Cmon guys.. cuba berhenti sekejap, dan bertanya "bilakah kali terakhir aku menangis kerana Tuhanku?"


Semua ni sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. dan sekiranya bermanfaat untuk yang membaca, pujian itu hanya pada Nya jua.


Wassalam.