Tuesday, 15 May 2012

Politik

Bismillah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua.


Tajuk yang memang hangat diperkatakan sekarang ni, politik. Dulu aku juga salah sorang yang tertarik untuk join parti politik untuk kononnya merperjuangkan agama, bangsa, dan negara.. Tak lama, sekejap je.. Dari hari ke hari aku di ajar untuk melihat dan berfikir tentang satu-satu perkara bukan dari sudut pandangan orang ramai atau majoriti. Melihat dan berfikir dari sudut pandangan yang berbeza, dan pendapat aku sekarang ini pun sudah tentunya tidak sama dan tidak dipersetujui oleh ramai orang. Aku tak kisah. Sebab semua orang betul mengikut takat kefahaman dan pemikiran mereka.



Senario politik di negara tercinta ini sekarang memang sangat hangat. Masing-masing dengan pegangan dan perjuangan mereka. Entahkan betul entahkan tidak satu-satu berita@cerita itu sudah tidak penting lagi. Apa yang penting?? Apa yang penting adalah kerjasama untuk memastikan mendapat undi yang lebih banyak dari parti lawan. Tak kisah le kalo kena menipu, fitnah, menyalah gunakan firman Tuhan dan sabda Rasul Nya, mengaibkan, berlakon dan memacam lagi.. Apa yang penting? Undi mesti kena lebih!



Cuba berenti baca ni dan berfikir seketika sahabat-sahabat.. Menegakkan agama, bangsa dan negara itu mulanya dari diri sendiri.. Betulkan diri kita dulu bro.. Rasullullah S.A.W menanamkan iman dan taqwa pada Allah S.W.T yang teguh pada setiap Muslimin & Muslimat pada masa itu. Baginda berdakwah dan membentuk satu-satu individu menjadi seorang insan yang suci bersih ruhani dan jasmaninya... Kemudiannya pula baru terbentuk sebuah negara Islam yang teguh, dihormati dan digeruni oleh kawan dan lawannya..


Benci, marah, maki hamun, mencederakan, mengaibkan bukan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W untuk berdakwah bro.. Tapi dengan berkasih sayang, cinta mencintai, hormat menghormati itulah sunnah Baginda, yang wajib kita praktikkan dalam kehidupan. Bukan cukup secara luarannya sahaja dengan berjubah, beserban dan berjanggut semata-mata.. Kalau setakat luaran saje, itu semua plastik.





Jadi sahabat-sahabat, adakah salah satu soalan bocor dalam kubur nanti iaitu "Siapa saudara-saudara kamu?" tu dapat kita jawab dengan cemerlang, gemilang dan terbilang? Atau kita akan caca merba, gabra dan temberang? HuaHuaHua...


Setakat ini dulu, kendian hari sambung lagi insyaallah.


Semua ni sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. dan sekiranya bermanfaat untuk yang membaca, pujian itu hanya pada Nya jua.

Wassalam.








Saturday, 5 May 2012

Pokok

Bismillah.

Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat semua.


Teras dan kayu satu masa dahulu sering menjadi tools untuk orang-orang Melayu dalam kehidupan harian, sama ada untuk penjagaan kesihatan, bertani, bertukang mahupun sebagai medium untuk mempertahankan diri secara zahir dan batin. 

Aku mula digerakkan untuk mencari dan menyimpan teras kayu apabila memikirkan apa yang datuk nenek kita dulu gunakan sebagai ubat, yang mana pada masa itu ubat dadah tidak digunakan secara meluas seperti sekarang.. Jawapan pertama yang aku dapat, kayu. Sebagai contoh, air rebusan teras kemuning hitam boleh digunakan sebagai ubat untuk demam, kalau sekarang ni telan panadol je..

Sekadar untuk rekod simpanan aku, gambar-gambar di bawah merupakan teras yang ada dalam simpanan setakat ini, aku dapatkan semuanya dari alamallah.blogspot.com.


Cincin Teras Kelor

Cincin Teras Kemuning Hitam

Teras Nibung Tunggal

Tasbih gabungan teras

Teras Kelor

Teras Kemuning Hitam

                                                   Loket Teras Kelor (ni untuk puteri-puteri aku)

Loket Teras Nagasari (ni untuk permaisuri ku)



Besar sungguh keagungan Tuhan, kerdilnya aku rasa apabila aku dipertontonkan akan kehebatanNya yang selama ni aku buat tak reti... baru alam kayu tu, yang aku baru jenguk-jenguk. Belum cerita bab udara, air, api, angin...fuhh, semoga Tuhan merahmati kita semua dan mengurniakan hidayahNya kepada kita.

Semua ini sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. dan sekiranya bermanfaat untuk yang membaca, pujian itu hanya pada Nya jua.

Wassalam.

Wednesday, 2 May 2012

Zahir dan Batin

Bismillah

Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat semua.

Seperti juga url blog ni, tajuk kali ni ialah zahir dan batin.. Tidak ingin aku mengeloborasikan apa dia itu definisi zahir dan batin.. Semua benda dijadikan berpasangan, ada zahir dan batinnya, hitam dan putihnya and so on.. tak caya cer tengok tafsir surah Ya Sin ayat 36. Ni baru satu je contoh dari kalamNya, cari lah lagi ada banyak.. Semua kecuali hanya DIA saja yang SATU.


Apa yang aku nak kongsikan di sini berkenaan elemen pada seorang manusia(credit pada kawan FB aku). Elemen yang tidak kelihatan pada mata kasar, tetapi di zahirkan pada perlakuan seorang insan




Siapa En. Ego(False Self) ? Siapa pula En. Jiwa(True Self) ni? Yang mana satu aku? Selama ni aku bukan aku ke? Hehehe..pening? Cuba renung dan fikirkan sejenak dengan tenang.. Adakah selama ini kita meletakkan diri kita pada tempat yang sepatutnya ? Atau kita selama ini kejam dengan diri sendiri? Lu pikirlah sendiri!


Semua ni sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. dan sekiranya bermanfaat untuk yang membaca, pujian itu hanya pada Nya jua.

Wassalam.