Thursday, 26 April 2012

Air Mata dan Darah

Bismillah.


Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat semua.


Air dan Darah.. 2 benda yang mana ianya antara elemen yang wajib ada pada jasad setiap manusia. 2 benda ni kalau kita renungkan ianya sering menjadi simbol kasih sayang, pengorbanan, cinta, luka, sakit and macam2 lg. Apabila kita terlalu gembira, ada yang mengalir air matanya.. Ada pula yang sanggup menumpahkan darah manusia lain kerana mahukan sesuatu yang bukan miliknnya.. Senang kata, bergantung pada individu tu lah darah dan air pada dirinya itu, mahu di'gunakan'  ke mana.


Apa yang aku nak luahkan di sini, 2 elemen tersebut merupakan bahan pencuci yang cukup mujarobat..hahaha... "ko nak cuci ape pakai darah bang? pakai air tu aku boleh terima la.." Ada bro, menda ni yang perlu dicuci guna darah dan air ni... malah mencuci menda ni jatuh wajib la bagi aku.. Apekedianya??
Itulah dia HATI .. kalo ada yang tanya kenapa nak cuci hati.. Lu pikir la sendiri!



So, ape kene mangena tajuk post ni? Itulah 2 menda yang dapat mencuci hati, air mata dan darah. TAPI!!!! Air mata dan darah yang macam mana?


Adakah air mata yang berjuraian sebab hilang mouse yang kita sayang, atau sebab rasa kita lah insan paling malang kat muka bumi sebab tak de rumah banglo besar macam gudang, dok rumah panjang je?? Im sorry man, not that kind of tears..


Darah pulak, adakah darah yang mengalir sebab toreh tangan dengan pisau untuk ukir nama pakwe/makwe sebagai bukti cinta tulus suci kudus dan mulus?? atau Darah tikam darah daging sendiri sebab 'rage' tak dapat duit beli bahan untuk lalok? Jangan marah kalo aku melalut.. kalo serius je, WTF man..(Wheres The Fun)


Darah dan air mata yang boleh mencuci Hati, adalah darah dan air mata yang mengalir kerana Sang Pencipta Yang Maha Kaya...



Di tanah air yang tercinta ini, darah dah 'mahal'.. Kita di anugerahkan keamanan dan keselesaan.olehNya. Kat Palestin ke, Chechnya ke option ni masih available.. Cuba dok diam sekejap dan imagine kita ada kat sana..Peluang untuk berkorban darah untuk Allah terbuka luas...fuhh! Berani ke aku??? (Sila tanya dan jawab sendiri)


Jadi pilihan yang 'lebih mudah' untuk kita ialah air mata.. Selalu kita dengar orang kate air mata lelaki ni mahal beb.. tapi kalau di hadapan Dia, air mata tu masih mahal juga.... something is very wrong guys.. Air mata yang mengalir keranaNya ini pasti akan mencuci hati kita yang selalu dicemari dengan kekotoran oleh sebab pilihan kita sendiri.. Menangislah mengenang berapa tan maksiat kita pada Dia, kerana malu pada Dia, atau kerana rindu yang teramat sangat padaNya..


Cmon guys.. cuba berhenti sekejap, dan bertanya "bilakah kali terakhir aku menangis kerana Tuhanku?"


Semua ni sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. dan sekiranya bermanfaat untuk yang membaca, pujian itu hanya pada Nya jua.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment