Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat semua.
Seperti juga url blog ni, tajuk kali ni ialah zahir dan batin.. Tidak ingin aku mengeloborasikan apa dia itu definisi zahir dan batin.. Semua benda dijadikan berpasangan, ada zahir dan batinnya, hitam dan putihnya and so on.. tak caya cer tengok tafsir surah Ya Sin ayat 36. Ni baru satu je contoh dari kalamNya, cari lah lagi ada banyak.. Semua kecuali hanya DIA saja yang SATU.
Apa yang aku nak kongsikan di sini berkenaan elemen pada seorang manusia(credit pada kawan FB aku). Elemen yang tidak kelihatan pada mata kasar, tetapi di zahirkan pada perlakuan seorang insan.
Siapa En. Ego(False Self) ? Siapa pula En. Jiwa(True Self) ni? Yang mana satu aku? Selama ni aku bukan aku ke? Hehehe..pening? Cuba renung dan fikirkan sejenak dengan tenang.. Adakah selama ini kita meletakkan diri kita pada tempat yang sepatutnya ? Atau kita selama ini kejam dengan diri sendiri? Lu pikirlah sendiri!
Semua ni sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. dan sekiranya bermanfaat untuk yang membaca, pujian itu hanya pada Nya jua.
Wassalam.


No comments:
Post a Comment