Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera sahabat semua.
Sekadar berkongsi akan apa yang telah diajarkan Allah S.W.T dari antara Kalam-Kalam NYA kepada ku melalui pecinta-pecintaNya pagi tadi:
(Al-Baqarah 2:1)
(Al-Mu'minuun 23:1 - 11)
(As-Sajdah 32:9)
(Al-Baqarah 2:34)
(Al-Waaqi'ah 56:13, 14, 39, 40, 95, 96)
(Ar-Ra'd 13:28)
(Al-Baqarah 2:1 - 5)
Iqra'! Bacalah! Kata Saidina Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W. Adakah 'BACA' itu sekadar baca seperti mana kita membaca? Jika itu yang dikatakan baca, maka bagaimana pula apabila ada yang mengatakan "Aku dapat baca fikiran dia, tu sebab aku tau".. Ada tulisan kah pada fikiran itu? Kalo dalam sukan, "Oh, nampaknya dia sudah dapat membaca gerakan lawan".. bagimana sih?
Apakah sebenarnya rahsia pada IQRA' itu my fren...
Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata syukur ku atas tunjuk ajar Nya, kalamNya yang selama ini aku pandang biasa-biasa je, tersangat indah, indah yang tersangat... Dia menyampaikan kasihNya, sayangNya, peringatanNya, tunjuk ajarNya kepada hamba-hambaNya..memanggil-mangil hambaNya kembali lah kepadaNya, kerana kita tiada daya dan upaya sahabat, kita perlu pada Dia, tidak Dia perlu pada kita. La haula wa la quwwata illa billah.
Semoga panggilanku di sahut...Tapi ku percaya, nanti suatu masa, ku hulur tanganku, lalu Kau terima...
Walhamdullillahi Rabbil'alamin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment