Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua.
Tajuk yang memang hangat diperkatakan sekarang ni, politik. Dulu aku juga salah sorang yang tertarik untuk join parti politik untuk kononnya merperjuangkan agama, bangsa, dan negara.. Tak lama, sekejap je.. Dari hari ke hari aku di ajar untuk melihat dan berfikir tentang satu-satu perkara bukan dari sudut pandangan orang ramai atau majoriti. Melihat dan berfikir dari sudut pandangan yang berbeza, dan pendapat aku sekarang ini pun sudah tentunya tidak sama dan tidak dipersetujui oleh ramai orang. Aku tak kisah. Sebab semua orang betul mengikut takat kefahaman dan pemikiran mereka.
Benci, marah, maki hamun, mencederakan, mengaibkan bukan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W untuk berdakwah bro.. Tapi dengan berkasih sayang, cinta mencintai, hormat menghormati itulah sunnah Baginda, yang wajib kita praktikkan dalam kehidupan. Bukan cukup secara luarannya sahaja dengan berjubah, beserban dan berjanggut semata-mata.. Kalau setakat luaran saje, itu semua plastik.
Jadi sahabat-sahabat, adakah salah satu soalan bocor dalam kubur nanti iaitu "Siapa saudara-saudara kamu?" tu dapat kita jawab dengan cemerlang, gemilang dan terbilang? Atau kita akan caca merba, gabra dan temberang? HuaHuaHua...
Setakat ini dulu, kendian hari sambung lagi insyaallah.
Semua ni sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. dan sekiranya bermanfaat untuk yang membaca, pujian itu hanya pada Nya jua.
Wassalam.



No comments:
Post a Comment