Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat semua.
Teras dan kayu satu masa dahulu sering menjadi tools untuk orang-orang Melayu dalam kehidupan harian, sama ada untuk penjagaan kesihatan, bertani, bertukang mahupun sebagai medium untuk mempertahankan diri secara zahir dan batin.
Aku mula digerakkan untuk mencari dan menyimpan teras kayu apabila memikirkan apa yang datuk nenek kita dulu gunakan sebagai ubat, yang mana pada masa itu ubat dadah tidak digunakan secara meluas seperti sekarang.. Jawapan pertama yang aku dapat, kayu. Sebagai contoh, air rebusan teras kemuning hitam boleh digunakan sebagai ubat untuk demam, kalau sekarang ni telan panadol je..
Sekadar untuk rekod simpanan aku, gambar-gambar di bawah merupakan teras yang ada dalam simpanan setakat ini, aku dapatkan semuanya dari alamallah.blogspot.com.
Cincin Teras Kelor
Cincin Teras Kemuning Hitam
Teras Nibung Tunggal
Tasbih gabungan teras
Teras Kelor
Teras Kemuning Hitam
Loket Teras Kelor (ni untuk puteri-puteri aku)
Loket Teras Nagasari (ni untuk permaisuri ku)
Besar sungguh keagungan Tuhan, kerdilnya aku rasa apabila aku dipertontonkan akan kehebatanNya yang selama ni aku buat tak reti... baru alam kayu tu, yang aku baru jenguk-jenguk. Belum cerita bab udara, air, api, angin...fuhh, semoga Tuhan merahmati kita semua dan mengurniakan hidayahNya kepada kita.
Wassalam.









carikan ena satu.nak jugak.
ReplyDelete